Sunday, August 28, 2011

RESEPI NASI MINYAK,GULAI DAGING DAN ACAR.


 RESEPI NASI MINYAK TERENGGANU . HARUM BERSERI :)


Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  • 500 g beras Basmathi (direndam 2-3 jam dan ditoskan)
  • 100 ml susu cair
  • 850 ml air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 5 helai daun limau purut (diracik halus)
  • 2 batang lobak merah (dihiris halus)
  • 1 tin kecil kacang pis (disejatkan)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • garam secukupnya
  • sedikit hirisan daun ketumbar
  • sedikit kismis
  • bawang goreng secukupnya
  • sedikit pewarna kuning - optional

bahan-bahan tumis :
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 2 batang serai (dihiris halus)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan rempah, serai, bawang besar dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan air, susu cair, daun limau purut dan pewarna kuning. Biarkan ia mendidih seketika.
  3. Selepas itu, masukkan beras, daun pandan dan garam. Tanak hingga separuh masak dan barulah dimasukkan lobak merah. 
  4. Apabila hampir kering, taburkan kismis, daun ketumbar, bawang goreng dan juga gajus jika suka. Tutupkan periuk dan biarkan ia masak sempurna.
  5. Hidangkan setelah masak.
***Jika tak nak rendam beras terlalu lama, cukuplah sekadar 30 minit shj. Kemudian, lebihkan air supaya nasi tak keras.
***boleh juga dimasak menggunakan rice/pressure cooker setelah menumis bahan.






GULAI DAGING

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Bahan-bahan Gulai:
  • 1 1/2 kilo ayam atau daging
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • 1 biji kulit kayu manis
  • 3 biji buat pelaga
  • 6 biji cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 1/2 inci halia – diketuk
  • 6 biji bawang merah – dimayang
  • 4 biji bawang putih – dimayang
  • 5-7 biji cili kering – direndam air panas dan dikisar
  • 4 sudu makan rempah kurma
  • 3-4 biji kentang (dipotong 2)
  • 2/3 cawan tomato puree (Option:boleh juga pakai sos tomato)
  • 8 cawan air
  • 1 cawan susu sejat ideal
  • 2 cawan bawang goreng (lebihkan kalau mahu gulai lebih pekat)
  • 1-2 sudu besar kicap
  • garam dan gula secukup rasa
Cara2 memasak gulai:
- Perap ayam/daging selama 1/2 jam dengan cili kering kisar dan rempah kurma
- Panaskan minyak sapi
- Tumis rempah 4 sekawan, bawang dan halia sehingga naik bau
- Masukkan ayam/daging yang dah diperap dan tumis sehngga rempah masak dan air ayam/daging keluar
- Masukkan air dan susu
- Masak sehingga mendidih dan masukkan tomato puree dan bawang goreng yang ditumbuk.
- Perasakan dengan garam, gula
Tip:Tambahkan sedikit kicap pekat (manis/masin) untuk warna yang lebih menarik
- Masukkan kentang
- Masak sehingga gulai pekat dan kentang masak. Sekiranya mahu daging ayam/daging lebih empuk lebihkan air dan masak lebih lama.




ACAR TIMUN

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  • 2 batang timun dipotong memanjang
  • 1/2 cawan cuka
  • 6 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 batang carrot (dipotong halus)
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 1 biji cili merah (dipotong halus)

Cara2 membuat Acar :
  • - Larutkan gula dan garam di dalam cuka
  • - masukkan timun, bawang, carrot dan cili, gaul rata
  • - Lebih sedap disediakan lebih awal dan disimpan didalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidang.


No comments:

Post a Comment