Sunday, August 28, 2011

RESEPI NASI MINYAK,GULAI DAGING DAN ACAR.


 RESEPI NASI MINYAK TERENGGANU . HARUM BERSERI :)


Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  • 500 g beras Basmathi (direndam 2-3 jam dan ditoskan)
  • 100 ml susu cair
  • 850 ml air
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 5 helai daun limau purut (diracik halus)
  • 2 batang lobak merah (dihiris halus)
  • 1 tin kecil kacang pis (disejatkan)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • garam secukupnya
  • sedikit hirisan daun ketumbar
  • sedikit kismis
  • bawang goreng secukupnya
  • sedikit pewarna kuning - optional

bahan-bahan tumis :
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 2 batang serai (dihiris halus)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan rempah, serai, bawang besar dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan air, susu cair, daun limau purut dan pewarna kuning. Biarkan ia mendidih seketika.
  3. Selepas itu, masukkan beras, daun pandan dan garam. Tanak hingga separuh masak dan barulah dimasukkan lobak merah. 
  4. Apabila hampir kering, taburkan kismis, daun ketumbar, bawang goreng dan juga gajus jika suka. Tutupkan periuk dan biarkan ia masak sempurna.
  5. Hidangkan setelah masak.
***Jika tak nak rendam beras terlalu lama, cukuplah sekadar 30 minit shj. Kemudian, lebihkan air supaya nasi tak keras.
***boleh juga dimasak menggunakan rice/pressure cooker setelah menumis bahan.






GULAI DAGING

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Bahan-bahan Gulai:
  • 1 1/2 kilo ayam atau daging
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • 1 biji kulit kayu manis
  • 3 biji buat pelaga
  • 6 biji cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 1/2 inci halia – diketuk
  • 6 biji bawang merah – dimayang
  • 4 biji bawang putih – dimayang
  • 5-7 biji cili kering – direndam air panas dan dikisar
  • 4 sudu makan rempah kurma
  • 3-4 biji kentang (dipotong 2)
  • 2/3 cawan tomato puree (Option:boleh juga pakai sos tomato)
  • 8 cawan air
  • 1 cawan susu sejat ideal
  • 2 cawan bawang goreng (lebihkan kalau mahu gulai lebih pekat)
  • 1-2 sudu besar kicap
  • garam dan gula secukup rasa
Cara2 memasak gulai:
- Perap ayam/daging selama 1/2 jam dengan cili kering kisar dan rempah kurma
- Panaskan minyak sapi
- Tumis rempah 4 sekawan, bawang dan halia sehingga naik bau
- Masukkan ayam/daging yang dah diperap dan tumis sehngga rempah masak dan air ayam/daging keluar
- Masukkan air dan susu
- Masak sehingga mendidih dan masukkan tomato puree dan bawang goreng yang ditumbuk.
- Perasakan dengan garam, gula
Tip:Tambahkan sedikit kicap pekat (manis/masin) untuk warna yang lebih menarik
- Masukkan kentang
- Masak sehingga gulai pekat dan kentang masak. Sekiranya mahu daging ayam/daging lebih empuk lebihkan air dan masak lebih lama.




ACAR TIMUN

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  • 2 batang timun dipotong memanjang
  • 1/2 cawan cuka
  • 6 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 batang carrot (dipotong halus)
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 1 biji cili merah (dipotong halus)

Cara2 membuat Acar :
  • - Larutkan gula dan garam di dalam cuka
  • - masukkan timun, bawang, carrot dan cili, gaul rata
  • - Lebih sedap disediakan lebih awal dan disimpan didalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidang.


RESEPI LEMANG




Lemang(glutinous rice cooked in bamboo)
Although lemang is available all year round, it is nonetheless an exceptionally special dish during Hari Raya open house. Although the preparation seems simple enough, cooking lemang requires an open area with plenty of ventilation - which is why people just prefer to buy lemang rather than attempt to make it themselves.
About two days or so before the end of Ramadhan (the fasting month), vendors can be seen cooking and selling lemang by roadsides. Lemang is usually 'bought by the bamboo' and should be left unopened until it is ready to serve.






HARI RAYA SEMAKIN HAMPIR.. 
MARILAH ANDA SEMUA MENCUBA RESEPI LEMANG INI...
SELAMAT HARI RAYA!

Bahan-Bahan:

2kg beras pulut
5 biji kelapa
4 batang buluh lemang
Daun pisang muda
Garam secukup rasa

Cara membuat:

  1. Basuh beras pulut. kemudian toskan airnya
  2. Masukkan Daun pisang kedalam buluh.
  3. Masukkan beras pulut tadi kedalam buluh.
  4. Masukkan garam secukup rasa kedalam santan.
  5. Tuangkan Santan kedalam buluh berisi beras pulut tadi.
  6. Bakar buluh dengan api sederhana. balik-balikkan buluh setiap 10 minit sehingga masak.
  7. Siap untuk di hidangkan bersama Serunding ayam/daging.



Wednesday, August 24, 2011

LETS EAT!

tempe


Lets eat and enjoy the meals!
Additional mixed rice with :
TEMPE,
RENDANG AYAM,
CURRY (fish),
IKAN PATIN OR IKAN KELI TEMPOYAK.

 rendang ayam
curry
ikan patin tempoyak

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak





Restoran Istiqamah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2011. Sempena Ramadhan ini Restoran Istiqamah menyediakan juadah berbuka puasa secara Bufet / Masakan panas (dari jam 5 ptg hingga 9:00 mlm). Terdapat lebih dari 80 jenis hidangan 1Malaysia dan juga pelbagai jenis manisan dan pencuci mulut. Restoran Istiqamah juga menyediakan MINI BAZAR RAMADHAN dan tempahan bagi yang ingin membawa pulang juadah berbuka puasa. Ianya dibuka seawal jam 3.00 petang